PSiKoHoLiC ReTaRDeD
(Blog untuk orang psiko- Perjalanan Hidup Di Luar Batas Pemikiran)
15 July 2010
Tips Untuk menge'PAU'...
Pertama sekali, sewaktu anda keluar kereta, anda haruslah tengok di cermin pandang belakang dan pastikan muka anda dalam keaadaan bengis, serius, dan berkerut. Selepas anda menjejakkan kaki di tanah, jgn pergi kearah kereta anda dahulu, anda hendaklah seraya pandang terus kearah kereta MANGSA. Setelah anda melangkah sejauh 5 langkah, barulah anda pandang kearah kereta anda. Keluarkan telefon bimbit anda yang ada kamera itu, snap no plat kereta MANGSA anda dan snap juga kerosakan kereta anda. Kemudian pergi terus kearah pintu bahagian pemandu, sehingga, MANGSA anda keluar dan mengeluarkan perkataan "sorry bro, xsengaja", "sorry bang, break tak makan"... itu semua adalah ayat2 biasa keluar dari durjana2 yang tak tahu nak berhati2 dijalan raya. Tapi... jangan sesekali anda melenting. Anda hendaklah terus bertanya kepada MANGSA anda no IC n minta no lesen memandu mereka, serta tunjukkan kepada anda. Selepas itu, minta no telefon dan tros mendail untuk memastikan no. telefon tersebut aktif. Setelah itu, barulah anda bertanya, "camner nak settle nie? report? Bayar?"... dan biarkan MANGSA anda membuat keputusan. Kalau report, tros gi Balai, pastikan anda mengekori kereta LAWAN anda.
Setelah report dibuat, nie la time nyer anda menge'PAU' MANGSA anda. Jika kerosakan kereta anda itu setakat calar, mintak lah RM500(FIX) dan jika kerosakan anda itu kelihatan kemik, mintaklah RM800 (FIX). JIKA... MANGSA anda tidak bersetuju, pelawa die ke bengkel untuk menentukan sendiri kadar yang sesuai. Disini, anda hendaklah memainkan peranan anda, dan bawak MANGSA anda ke bengkel yang berada di sekitar Bangsar, Subang, Damansara, ataupun ke Bandar Kuala lumpur (tempat yang selalu golongan korporat melepak). Katakan tempat itu sahaja yang senang untuk anda pergi kerana dekat dengan office ataupun kediaman anda. dan jawapan tersebut muktamad. PERCAYALAH, kos yang bengkel2 ini offer pada MANGSA anda adalah berbaloi duit yang bakal anda terima serta menyelenggara kenderaan anda semula... Jalankan kerja anda untuk memeras ugut.
*pesanan: pastikan minta duit cash. Berikan apa2 alasan pun.
14 July 2010
Kenikmatan Tatkala Merokok
1. Selepas makan
2. Sewaktu membuang air besar
3. ketika 'Jam'
4. Ditangga Opis setelah 2 jam berada di meja
5. Ketika kepayahan membuka tayar bocor ditepi jalan
6. Baring tepi pantai
7. Ketika menunggu hujan berhenti sekiranya ingin kemana-mana
8. Bgn tido dalam toilet buang najis semalam
9. Ketika marah n nak ilekkan diri
10. Malam2 kat luar umah (Kampung)
Aktiviti ingin dilakukan
1. Hisap rokok kat opis sambil buat keje
2. Hisap rokok kat panggung wayang
3. Hisap rokok sambil isi minyak
4. Hisap rokok kat depan cikgu disiplin time skolah dulu
5. Hisap rokok tp xyah beli rokok.
13 June 2010
Asap
~And any time you feel the pain, Hey Jude (Refrain)
Don't carry the world upon your shoulders
For well you know that it's a fool who plays it cool
By making his world a little colder...~
perlahan-lahan ku hembuskan kembali asap ke ruang udara bilik ku... Fuhhh! PENAT!
18 May 2010
Komen Orang
Aku tak masak, orang komen.
Aku balik lambat, orang komen.
Aku nak jadi suri rumah, orang komen.
Aku kerja jauh dari suami, orang komen.
Suami dan aku suka bawa anak jalan-jalan, orang komen.
Suami suka belikan aku hadiah, orang komen.
Aku beli barang untuk anak aku, orang komen.
Aku selekeh, orang komen.
Tapi pernah kau tanya kenapa?
Tak pernah bukan.
Kau cuma pandai komen.
Aku cantik untuk suami aku sahaja. Bukan untuk kau orang.
Anak aku kecil sebab keluarga kami memang ramai yang kecil.
Aku beli barang untuk anak aku yang kau rasa tak perlu tu, memang perlu untuk aku. Ada aku mintak kau duit?
Aku nak jadi suri rumah sebab pada aku tempat terbaik bagi seorang perempuan adalah di sisi suami dan anak-anaknya.
Aku balik lambat sebab aku selalu datang kerja lambat. Bos aku tak marah pun dah cukup baik. Kau bayar gaji aku?
Aku tak masak sebab aku penat. Aku takde orang gaji. Aku ada anak. Aku berdua sahaja di rumah. Kau nak bagi aku orang gaji?
Aku kerja jauh dari suami, bersebab. Kau nak kerja aku?
Suami dan aku pergi jalan-jalan, kacau kau ke?
Suami aku belikan hadiah sebab dia sayang aku. Lagipun suami aku tak mintak duit kau pun.
Moral: Jangan sibuk.
16 May 2010
Ku Ingin Selamanya - Ungu
yang tak pernah ku tahu akhirnya
namun tak seperti cintaku pada dirimu
yang harus tergenapi dalam kisah hidupku
Ku ingin slamanya mencintai dirimu
sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku
ku ingin slamanya ada di sampingmu
menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku
Ku berharap abadi dalam hidupku
mencintamu bahagia untukku
karena kasihku hanya untuk dirimu
selamanya kan tetap milikmu
Di relung sukmaku
ku labuhkan sluruh cintaku
di hembus nafasku
ku abadikan sluruh kasih dan sayangku
*perlukah/berbaloikah kiranya terus menunggu didalam relung sukmaku!
10 May 2010
05 May 2010
Pilihan....Dimana kita
pergi kerja naik kereta/siap ade drebar
2. melalui federal highway (redah JEM) n ikut jalan lame yang byk bonggol/lopak
melalui NPE, NKVE, Sprint dengan membayar tol
3. mendapat rawatan di Hospital Kerajaan
mendapat rawatan di Hospital swasta dengan mempunyai doktar pakar
4. parking tepi jalan kene saman trafik/dbkl
parking ditempat berbayar harga rm10, rm8, rm6
5. makan makanan yang harga murah dan berminyak serta kebersihan tidak terjamin
makan makanan yang harga berpatutan dan sihat serta tempat yg bersih dan selesa
6. beli/hisap rokok winston/gulung rokok sendiri
beli/hisap rokok marlboro/dunhill/kent
7. Pergi bercuti setiap 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali
pergi bercuti setiap bulan dan setiap minggu untuk masa bersantai
8. Kerja dari pukul 8.30 - 5.30 (ade kerja balik lambat)
kerja dari pukul 6 seawal mungkin hingga semua orang tidur
9. pakai phone credit limit RM 50 setiap bulan
pakai phone tiada credit limit
10. pakai petrol RON 95
pakai petrol RON 97/VPower
11. Bagi ibu bapa RM 50 seorg
Bagi ibu bapa RM 200 seorg
12. Berbangga2 mendapat layanan istimewa setelah memaki hamun
mendapat layanan istimewa kerana tingkahlaku terpuji
13. Pergi gym ditempat kerja dan membuat senaman sendiri
Pergi ke gym di fitness first dan mendapat bimbingan jurulatih professional
14. balik kampung sebulan sekali melawat ibubapa
balik kampung seminggu sekali melawat ibuapa
15. MENGGUNAKAN DUIT SEHINGGA HABIS DAN TIADA SIMPANAN SETIAP BULAN
MENGGUNAKAN DUIT SEHINGGA TIDAK HABIS DAN TETAP ADA SIMPANAN SETIAP BULAN
03 May 2010
Kisah dahulu kala untuk dijadikan iktibar bersama
Kisah ini berlaku pada seseorang yang begitu rapat denganku.
Bukan tujuan untuk membuka pekung, cuma untuk berkongsi supaya kita dapat ambilkan pengajaran.
***
Insan mulia ini bernama S.
S seorang pelajar institusi tinggi yang agak prominent juga. Bukan S yang prominent, institut tempat dia belajar yang gah ya. S adalah seorang pelajar yang agak rajin ke kelas, namun di sebalik kerajinan itu, kadang-kala S ada juga ponteng kelas.
Seperti kebiasaan, pada setiap hari Jumaat, S akan memakai jubah ke kelas. S berjalan ke kelas dengan rasa confident kerana pagi itu S bangun awal. Walaupun ke kelas beseorangan kerana jarang orang ada kelas hari Jumaat, S melangkah dengan yakin dan sedikit rasa riak sebab ke kelas awal dan sedikit rasa perasan ayu sebab memakai jubah. S terus berjalan. Dan berjalan.
Untuk ke kelas pagi itu, S perlu menaiki lif ke tingkat 3. Semakin menghampiri lif, ada sedikit tembok perlu dipintas jika S tak mahu melalui tangga. Oleh kerana pagi itu fakulti kelihatan lengang, S mengambil keputusan drastik untuk melompat tembok itu. Dan S melompat.
Dan jatuh…
Gedebukkkk!!!
Tersangkut jubah nya sendiri.
S jatuh tertiarap.
S malu.
Tapi S gagahkan diri untuk bangun dan…
tengok kiri…
tengok kanan…
Takde orang. Selamatttttt.
S meneruskan beberapa tapak lagi ke lif dengan yakin. Dan masuk lif. Baru saja pintu lif nak tutup, seorang brother berjaya menyusup masuk. “Dem! Adakah dia nampak aku jatuh tadi?“
Perlahan-lahan S mencuri pandang muka brother tadi. “Alamak, budak kelas aku“.
“Weyh, ko okay ke? Aku nampak ko jatuh tadi”
“Heh… okay, okay…” Dalam hati S rasa lega, kerana brother ni menunjukkan wajah concern. Takde la rasa malu sangat.
senyap ~~~~~~
dan rasa awkward ~~~~~~~~~~
~~~~~~~
~~~~~
~~
Tiba-tiba…
“Kahkahakhkahkahkahkahkahkhakha!!!!!! Aku ingatkan sape ar tadi bukan main ayu pakai jubah. Tiba-tiba gedebuk jatuh! Rupanya ko!!!! wahhhwhakkhakhwkhakha!!!”
“Tak guna mamat ni!!!!”
Selepas S memaksa brother itu berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian yang baru berlaku, mereka keluar menuju ke kelas dengan muka kosong.
Moral: Pakai la jubah. Memang bagus. Cara tersenang menutup aurat dan senang juga untuk solat bila keluar outing. Tapi jangan perasan ayu. Jangan riak. Berdosa. Terus dibalas dengan jatuh gedebuk. Kan dah malu! Padan muka!
Owh! dan S adalah Aku. Brother kejam yang gelakkan aku dan mungkir janji kata taknak bagitau sesapa adalah suami kawan ku Awe.
30 April 2010
woohoo!
1. Pergi ke kaunter McD... pesan makanan bebyk. Bayar pakai duit tabung (siap bawak tabung)
2. Merokok didalam LRT
3. Kencing didalam tandas Wanita
4. Block kereta org yang tidak memberi signal ketika 'mencilok' didalam JEM
5. Ajak GM (general manager) berkaraoke.
6. Naik kereta diatas laluan motosikal.
7. Berbasikal ke opis
8. Bakar mercun bebola dalam lif T* dan biarkan lif tertutup.
9. Kentut Dalam Kereta N*** kuat2 n berbau KUAT!
10. Pergi Office naik kapal terbang.... nanti dulu! TERJUN PAKAI PAYUNG TERJUNG n landing atas helipad.
Waterfall Hunter
Fuhh Jumaat...
Dengan berbekalkan RM 408 seramai 5 org anda boleh menikmati makanana yanag amat mengenyangkan perut anda semua selama 3 hari 2 malam selama berada disana. Sampai-sampai pagi jumaat tu kat merang, naik bot sampai ke pulau, dan tiba dalam tengah hari dah pun dibagi MAKAN. Selepas itu, kami dibawa untuk snok-ling (pelat member aku, padahal sebutan sebenar snorkeling.. btol x?) puas gak la berendam dalam air laut yang masing (pelat org ganu)tgk ikan yang auuuu 'nakal'! Abes snorkeling tiba di pulau jek dh di beri MAKAN petang plak. Lepas makan petang turun ketepi pantai... bersantai ala2 baywatch. lari2 anak di gigi air. ahahahhahah (poyo) amik gambar yang posing a.k.a berada di koh sa mui! Dalam kul 7 MAKAN malam lagi. Kenyang kami semasa berada disana! Untuk Hari kedua dan terakhir... xboleh cerita.. pastikan kamu semua pergi kesana dulu, baru kamu semua ada pengalaman kamu sendiri di'PULAU REDANG'
02 April 2010
Bermalas-malasan Di ujung minggu
1.Balik kerja ari jumaat akan segera pulang, sambil menelefon@ditelefon oleh rakan2, sembang-sembang dgn mereka, gelak-geli sikit dan pasti akan ade perkara yang best untuk diperkatakan. Itulah ‘kawan’
2.Sampai dirumah, lepak bukak laptop sambil pakai tuala dan berkata dalam hati ‘malas nye nak mandi…’ jadi korang pun akan melambat-lambatkan mandi tersebut. Amik rokok, bakar, cari makanan.
3.Habis mandi, lepak lagi atas katil sambil bukak laptop, mengomen rakan-rakan di facebook, bukak blog n menyerahkan semua yang terbuku di hati didalam blog. (bukak facebook senyum sesorang dan bukak blog ngomel sesorang jugak)
4.Buhsan! Kuar dari bilek cari makanan, basuh baju. Bancuh air ribena ker sirap limau sambil ditemani oleh twisties, kerepek ubi, (lagi best kalau ader fries McD)…. Bukak astro n tgk tv sampai kul 1 malam… masuk bilek balik.
5.Bukak facebook balik tgk feedback org yang korang bahan/kutuk. Gelak sesorang2 lagi …ahahahaha –contoh gelak
6.Buhsan tgk facebook bukak movie layan sampai tidooooo…….
7.Besok nyer mengulangi aktiviti yang sama……
8.Esok dan pada hari esok..mengulagi perkara yang sama… tambah sket mengemas bilek n lipat baju yang dibasuh dan men’sterika’ baju … kerana esok KERJA
Ujung minggu yang aku impikan setelah kemalasan dalam diri terjadi secara tiba2
Kerja Dan Ethic...
Kerja Pertama…Aku kene buat clearance… Finance advisor advise lain, bile buat pulak xditerima oleh bahagian pemprosesan. Pastu Finance advisor leh cakap “mungkin silap advise kot… “ ko ckp buat ACCRUE, ok! Aku ade cakap transaction nie ade kaitan dgn …. Payable, aku suggest jek ok sbb aku bukan top student pun,korang buat deeeek jek. Sekarang baru sibuk nak buat treatment baru. Lantak korang la….”AUDIT! judge them”. Aku enjoy dgn kerja aku, walaupun byk kene buat, sort aper cost center aku punya transaction one by one from data that extract by finance…. F**K, berterabur. Thanks to Bini A.K.I ajar aku semua bende dari awal walaupun sebenarnya ko tak tau aper aper bende ko kene buat kan, aku BELAJAR dari KO. Aku rase elok ko jadi pensyarah la. Bulan April aku akan try siapkan semua bende… I WANT TO SOLVE THIS PROBLEM… untuk kepuasan!
Kerja Kedua…P**S…. (system name xlek bgtau). Nie satu lagi, dah 2 tahun tak siap-siap. Mende yang developer buat sepanjang 2 tahun nie??? Amik banyak sangat projek system dari company nie. TAMAK satu.
Meeting u all dah banyak sangat, orang yang handle pun dah bertukar2, kenapa baru sekarang setelah 2 tahun nak kene tanya balik ‘orang-orang’ lain. Yang lame-lame dulu dah mintak kot aper yang diorg nak, yang ko TAK PAHAM-PAHAM bahase n asyik NOT MATCHING- NOT MATCHING… that your problem s****d, Your decision to create the data structure n flow. Not other department, us or someone else that monitor this activities. BONGOK dua.
p/s: bayar mahal ok… services cam SAMPAH. Ko ingat orang xtau ko configure camner? THAT STILL SIMPLE jika dibandingkan dgn system-system lain yang ade kat muka bumi ini. Bayar mahal jangan lupa kene MATCH dengan Finance OK! Ahahahahahhah (sibuk nak match2 sangat)---yang xfaham, this about payment system (AMT- AUTO-MANUAL TRANSMISSION, BTOL X EJA?)
Kerja ketiga
Need to clear all the outstanding invoices until this April(target)…MANYAK SANGAT, bagi standardize balik prosedur. Bulan Mei aku harap akan nampak impak semua nie. Kak Sue n Kumisan, WE CAN DO IT. Bini A.K.I and Belang si Belangkas, I need your knowledge n experience to help me.
”APRIL I hope the blue is with you, no matter what… blue need to be rescued and shining again to give a smiles to MAY”
30 March 2010
Lies Men Tell Their Girlfriend
Quote from popcrunch.com
"i can fix this"
Let’s be honest: Men love to think they can fix anything. It’s practically programmed into their genetics. Even if they don’t know how to fix something, it’s very likely that they won’t admit to it, to save their ego.
"you look great in anything!"
This lie is a classic example of a man trying to cover his ass, but sadly, it’s one of the “good” lies men tell — he’s just trying to be nice.
"i want looking (at that ridiculously hot girl)"
Another common one, though this is a simple White Lie, it can seriously piss off your girlfriend. She knows you were looking, she saw you looking, and even she was looking at that ridiculously hot girl. If your girlfriend confronts you about looking at another woman, don’t lie, hopefully you’ll remember something about her and make an innocent comment about her cute haircut.
"i tried to call you"
This is a pretty pathetic lie, but men — and women — still use it. Men will try to blame it all on some technical difficulty, hoping his girlfriend will get confused and stop questioning it, but the lazy men will leave it simply at this excuse. If your boyfriend uses this one on you, then he was probably doing something he shouldn’t have been, like that new girl at work. Or, he simply could have forgotten all about you — but at that point, is there a difference?
"I wont be able to call you. I wont have signal"
Another pathetic lie that both sexes are guilty of using, men will frequently take advantage of this one when: He has plans to go somewhere his girlfriend would disapprove of, he doesn’t want to call her in front of his single friends, or he just plain needs time away from her.
"I'm stuck in traffic"
So maybe everyone uses this lie at some point, but if a man tells his girlfriend that he’s “stuck in traffic,” he’s probably doing something he shouldn’t — again. At least with this lie, the man had the courtesy to keep in touch with his girlfriend — despite lying. If he says he’s stuck in traffic, then a girlfriend can assume he’ll be home within a couple hours (usually). He might be off at the arcade, grabbing a quick beer with his buds, doing the secretary, or he could really be in traffic were this lie told in a place like LA or Atlanta. Whether it will work or not depends on the girlfriend and how often the lie is used, so if you’re the type of guy to go this route, do so sparingly.
"nothing's wrong"
In most cases, women and men are very different about how they express emotion, especially when it comes to something that’s bothering them. Some women will take this route as well, but men are the usual suspects because they like to protect their egos. They like to deal with things — fix things — themselves. We all know that men can’t fix everything, so it goes to say that they can’t fix everything that’s bothering them. So, what happens if a man says this? Usually it’s best for the girlfriend to just leave it alone, and support him in other ways — maybe throw in a sexual favor or two.
"I love your cooking"
This lie is pretty easy to see through, but somehow men still think it works. It may with some women, but others will be able to tell when her boyfriend isn’t enjoying the food. This is another attempt for a man to stroke his girlfriend’s ego in whatever way he can — but if you hate her cooking, just be honest.
"We'll be fine"
Whether or not chivalry is really dead doesn’t matter — most men still feel paternalistic about the women they love. This lie is usually used to rid a girlfriend of worry, but it does way more harm than good. Once she finds out the truth (and she will), then all that trust and comfort you built up will be torn down, while she stresses out about the new financial issues that just “cropped up.” And many women like to hold grudges, so you may or may not be screwed.
"Trust me, i'd never lie to you!"
It’s sad had to put this one on the list, but men use it, and women actually believe it. A man’s girlfriend may be so completely enamored that she turns blind to a clearly bullshit-lie like this one. Basically, if anyone has to tell you they’d never lie, they probably are lying. They might as well say, “don’t trust me, I’d definitely lie to you.”
"i dont think of other women"
If you’ve ever tried to not think of something, chances are, you had a hard time. When men tell their girlfriends that they “never think of other women,” they’re lying — simple as that. Really, it’s unreasonable to expect a guy to keep the opposite sex out of his head 24 hours a day. There may come a time when a man thinks of another woman to spice things up, but it doesn’t mean he loves his girlfriend any less — at least, not usually. They just can’t help it, it’s a fact of life — but that doesn’t mean women should be dimwitted enough to believe this one.
29 March 2010
Tempat seorang Bini
Adalah di rumah bersama anak-anak.
Which I have been dreaming of since like forever.
Isteri-isteri keluar bekerja, bukan satu kewajipan, dimana seharusnya seorang suami itu sepatutnya menjadi the sole breadwinner.
Tapi dalam keadaan sekarang, di mana pendapatan seorang suami tidak memadai untuk meng-kaver perbelanjaan terlampau masa kini, isteri terpaksa keluar mencari rezeki.
Suami tidak sepatutnya menyuruh isteri keluar mencari kerja. Memberi pilihan, mungkin. Tapi mengarahkan, is a big no no okay tuan-tuan. Jika dirasakan gaji suami tidak mencukupi, JANGAN, I said JANGAN tuan-tuan me-NYURUH isteri tuan-tuan keluar bekerja. Kongsikan pendapat tuan-tuan dengan isteri dan beri pilihan. Jika isteri suka untuk menolong suami, suami itu di kira bernasib baik. Tapi jika isteri lebih suka duduk di rumah menjaga harta suaminya dan mendidik anak-anaknya, tuan-tuan sila jangan kata isteri itu derhaka ohkay!
Kerana sememangnya tempat seorang isteri di rumah, menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya, melayan kehendak suaminya dan taat kepada suaminya.
Apabila suami hendak isterinya membuat air, masak untuknya, basuh bajunya, iron bajunya, sila minta dengan baik ya. Seorang isteri bukanlah hamba suami. Isteri itu penyejuk hati suami, pengubat lara suami, dan ibu kepada anak-anak suami.
Berbalik kepada isu the breadwinner of the house.
Jika sudah dirasakan agak-agak pendapatan suami tu sudah cukup-cukup makan, tidak perlulah lagi isteri itu keluar bekerja. Biar saja isteri itu di rumah bersama anak-anak. Mendidik anak-anak.
Tapi isteri pun, dah duduk rumah tu, janganlah asyik tengok tv dan membuntang yaaa... Ingat tugas mendidik anak-anak tadi. Itu adalah kewajipan seorang ibu ya. Buat bayi memang senang. Tapi jangan buat-buat lupa nak jaga dan didik anak-anak.
Suami pun, walaupun mendidik anak-anak itu tugas isteri, jangan expect too much from your wife if you`re always busy entertaining other people and yourself. Ingat ya.
Reminder again to isteri-isteri, kalau suami banyak kerja, jangan terlalu mendesak suami. Kepada suami-suami, walaupun banyak kerja, spend a lil time with wife and family.
Isteri harus berterima kasih dengan makan-pakai yang suami sediakan. Suami harus berterima kasih dengan isteri kerana menjaga harta nya, rahsianya, anak-anak nya, dan segalanya.
Sama-samalah kita menjadi isteri dan suami yang lebih baik.
InshaAllah.
Sekian terima kasih, jazza kallah kayran.
22 March 2010
LHDN
Kalau tak isi, ertinya tak declare.
Kalau tiada declaration, maksudnya tiada pengakuan jumlah income yang kita ada.
Kalau tiada jumlah income, bermakna LHDN tak tahu la berapa yang kita dapat tahun lepas.
Oleh itu, LHDN tak tahu la kita kena bayar cukai ataupun tidak.
Oleh itu, kita pun tak tahu kita kena bayar atau tidak.
Oleh itu, tak payah la isi BE form.
Tak payah bayar cukai.
Boleh?
21 March 2010
Jatuh Cinta Lagi..
Dari mata turun ke hati. Dari mulut turun ke perut. Pepatah mudah mengambarkan betapa indahnya hubungan yang kita bina ini dari jun 2009. Tatakala pertama kali aku melihat mu, terus perut ku berdegup kencang. Kau lah segalanya untuk ku. Tiada lain selain engkau wahai cinta ku..
Walaupun tanpa sebarang ikatan kau sudah ku jawah sebanyak 5 kali, namun cinta ku pada mu tidak sesekali pernah pudar.Percayalah wahai sayang, kau la cinta ku. Aku berjanji, tidak sesekali akan menduakan mu ketika aku bertandang ke teratakmu di Perhentian Kuih Kampung, Ujong Pasir, Melaka.
Disaat bibirku kudekatkan ditubuhmu, rinduku terhadap aroma mu terus terubat. Ahhhhh...berdebar jantungku memikirkan apakah yang bakal terjadi seterusnya.
Alhamdulillah, hubungan jarak jauh kita ini direstui tunang ku y juga mengetahui betapa rindunya aku pada mu. Biarlah apa yang orang kata. Akan ku jaga hubungan kita sehingga berkekalan sampai bila-bila.
Kaulah cinta ku, kau lah sayang ku, kau lah bidadariku , kau lah...
asam pedas pari ku.
18 March 2010
Antara ibu, kawan dan perempuan
"abbbggggg....balik...dah nk maghrib ni.MASUK RUMAH!!!!"
teringat aku pada laungan serombong kapal laut tatakala aku terleka memikirkan taktik terbaru konda kondi utk ku persembahkan esok petang di sekolah agama.Ish, bukan mak aku ni xtau, aku ni raja skill buat banana shoot pakai kaki kerusi kelas 6B. Uztazah Salamiah pun siap jadi cheer girl time aku main. Tibe2 aku rase mcm ade org dibelakang ku. Aku dpt rasakan aura dia. Tanpa menoleh ingin aku menghayun langkah seribu meninggalkan peluh2 y tibe2 muncul dibelakang tapi apakan daya, telingaku sudah terkena hikmat pemusingan daging peringkat 2.
"masuk sayang...."
aku hanya mampu menurut sahaja kehendak suara itu.
Sejauh mana kasih sayang seorang ibu, hanya tuhan sahaja yang tahu.Tapi yang aku tahu, kasih sayang seorang ibu itu sangat dalam. Sangat2 dalam sehingga tak tercapai akal mu. Macam mana 'taik'nya seorang anak itu, ianya tidak terlepas dari kasih sayang dari ibunya. Sejauh mana kita sebagai seorang anak menunjukkan kasih sayang kita kepada ibu?
Dikala kita sakit, kita mencari ibu,,
Dikala kita sihat, kita mencari kawan..
"mak, ade duit sikit x?, nk pinjam? :)"
tapi time senang, lupa terus kite ni ade mak.
tapi,
bila kita kita buat nakal,
kawan xpasni akan terima kita,
ibu masih boleh terima kita..
Ibu adalah teman kita, ketika kita senang mahupun susah. hargai lah mereka ketika masih bpeluang.
ps: biar keras otot, jgn keras hati..
5 Style Rambut Pilihan
Sesuai untuk mamat-mamat yang bekerjaya. Nampak kemas, segak dan kelihatan tegas dan sentiasa kelihatan seperti seorang lelaki yang 'funky'.
2nd Choice
Haa.. yang nie plak kelihatan seperti gigolo alaf baru. Sesuai untuk lelaki-lelaki yang berwajahkan 'jambu' BUT... memerlukan pemotongan rambut begini untuk menampak mereka kelihatan seperti 'nakal' sedikit.
3rd Choice
Bagi jejaka-jejaka yang tgh frust menonggeng or masih mengharap sesuatu yang tidak akan datang dalam hidup mereka, aku suggestkan rambut ini. Time-time camnie, muka lu all mmg tahap sebek nyer TP... rambut juga memainkan peranan supaya anda seorg yang masih mempunyai pendirian dan masih mampu berdiri dikaki sendiri. "Broken Heart dun have to die"
4th Choice
Untuk lelaki yang berpewatakan serius, rambut style ini amat sesuai untuk hidup anda. Walaupun orang luar akan mengatakan anda seorang yang serius, namun disebalik keseriusan muka anda itu, disini rambut masih memainkan peranan yang amat penting. Aku yakin gadis-gadis diluar sana akan sibuk berkata-kata kepada anda " that guy cool la, muke serius tp... mesti die masih lagi nak 'main-main'"
5th Choice
Inilah gaya rambut yang paling menyerlah, amat sesuai untuk lelaki yang dipanggil 'metro sexual'. Dengan mempunyai rupa paras yang menghairahkan. ke'smart'an rambut anda menambahkan lagi gelora dihati wanita. Cuba bayangkan anda berada ditepi pantai dengan memakai sleeveless(btol x eja?) dan rambut anda mengurai ditiup angin.
Tembam or Keding
But, i'm happy today(19/3/2010- boleh masuk buku sejarah form 3)because she took 'nasi lemak' ... itulah pertama kali aku nampak beliau makan berat sejak aku mengenali beliau. She told me, every day she tried to take diet by eating sandwiches and fruit in the nite won't make she keding anymore. I'm happy she said so. The answer make me happy coz my lil sis will never think about her diet anymore.
Kenapa semua perempuan yg badan 'sedang-sedang aje' suka mengambil pemakanan diet dan membiarkan mereka kelihatan kurus dan kecil? For me, if mereka semua berumur between 16-21... they nice to look thin and beautiful. But, if their age is around 23 and above kamu semua sesuai kelihatan berisi sikit dan kamu semua kene teruskan makan apa saja TP... ade TP ok, i suggest u all kene pegi ke gym n take some exercise to build the shape of your body. ITS BETTER.
Kamu semua (kepada wanita-wanita diluar sana yang mengambil diet pemakanan), tak jeles ker tgk rakan-rakan lain makan semahu-mahunya(yang enak-enak), makan selahap-lahapnya(pakai 3 jari sahaja ok), makan sekenyang-kenyangnya(sebelum errrrk- sendawa)? Dgn kene menahan sakit perut lagi bile perut masuk angin, wake up u all. Say Alhamdulillah bile perut sudah diisi dan menikmati nikmat MAKAN itu... Mari wanita-wanita diluar sana yang kononnya nak diet..stop to take ur diet and go to gym because u all can took any food that u love from now. KURANGKAN MINYAK DAN GULA
P/S: to my lil sis, u look so beautiful today and hari2 mendatang. I'm Happy if u happy.
12 March 2010
kaseh...juwita...CINTA
Diluar masih hujan renyai-renyai, aircond sudah ditutup dan jam menunjuk 7.15 petang.
Kan best kalau hari-hari macam ni. Senyap, sunyi. Aku nak bercerita tentang satu cerita mengenai 'CINTA'..
Ape yang dimaksudkan cinta? Semua orang mesti mengalami perasaan 'CINTA' itu, dicintai atau mencintai. Cinta bagi aku satu perasaan yang pelik (setuju dgn pendapat seseorg),
Kenapa aku mengatakan ia sesuatu perasaan yang pelik?... Sambil-sambil menunggu masa untuk pulang n jem kat federal tu reda, aku membuka page rakan2ku yang sudah berkahwin, seorg rakan ku tgh pegang anak, abangku pulak syiok ngan hidup die sbb ada LALA iaitu anak buah aku yang comel banget.Kat situ.. aku dh ade jawapan dengan bagi persoalan yang ketiga, aperkah bukti 'CINTA'?
CINTA bagi aku adalah perasaan yang ingin menyayangi dan disayangi. CINTA itu besar maksudnya dan terpulang kepada setiap individu untuk menilai sejauh mana pegertian CINTA dalam hidup mereka.'CINTA umpama kurap, makin digaru makin sedap'... 'CINTA itu buta. tidak mengenal rupa dan darjat'... CINTA itu menyakitkan, bisa membuat kita hilang dan hanyut'. Kalau korang dega lagu-lagu rock kapak or yang terbaru mesti kebanyakan nya mesti berkisar tentang CINTA, sebenarnya aku pun tak tahu aper maksud CINTA... Jadi ssesiapa yang membaca entry ini dan mengalami perasaan CINTA itu, kamulah yang memberi pengertian CINTA. dan terjawablah juga persoalan yang kedua.
ahahhahahah... Next entri please....
P/s:'menunggu mu tiba dari sehari ke sebulan ke setahun... namun tidak berkunjung tiba. Pabila kau tiba, tibalah saat aku mengerti dan menerima...' SEMOGA BAHAGIA, Amin.
07 March 2010
Antara Kamu dan Orang Tua Mu...
Aku sayang sangat Mak dan Ayah aku, Ayah aku tidak pernah sejentik pun jarinya menyentuh kami adik beradik, cuma Mak aku saja yang garang. Garang-garang Mak aku pun tidak pernah menghulurkan rotan ataupun tali pinggang, cuma pembaris membuat baju dia jek. Aku ni lain macam sikit, kalau adik beradik lain semua pandai-pandai, abang-abang dan kakak aku kalau periksa mesti dapat 'number' best-best. Suatu hari tu bila aku balik dari sekolah aku menjerit pada Mak aku," Mak, adik dapat nombor 24... yeyeyeyeyey" aku menjerit kegembiraan. Mak aku menjawab," Nyer ate nyerrr mengapa kome gembiree sangat bile dapat nombor 24 tuuu?"... aku menjawab" Mestilah teman gembira mak nyerr, 24 banyak tuuu, tgk abang dan kakak asyik-asyik dapat nombor 1 ,2, 3, 1, kan sikit tuuu". Tapi alhamdulillah dengan berkat doa, Ayah dan Mak aku... aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Dari hari kesehari, umur aku meningkat, aku pun menyambung persekolahan menengahku di sekolah berasrama penuh. Tinggal la Ayah dan Mak aku dirumah berdua, setiap minggu mereka akan melawat aku, dengan membawa makanan-makanan kegemaran aku dan semuanya sedap, maklum la masakan ibu. Kehidupan diasrama aku rasakan amat mencabar, pembulian, rokok, gengsterisme semuanya bermula dalam kehidupan ini. Namun Ayah dan Emak masih lagi tidak mengetahui apa yang aku lakukan disekolah. Berkat doa mereka, sekali lagi aku berjaya mendapat keputusan yanag cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR).
Bila masuk tingakatan 4 dan 5... aku belajar satu lagi matapelajaran iaitu 'Buli 1119'... matapelajaran ini hanya diajar di asrama(kalau ade peperiksaan rasmi dalam matapelajaran ini mesti aku akan dapat keputusan yang cemerlang lagi). Habis 'junior-junior' kene buli, amik air, amik sarapan, basuh baju, dan seantero dengannya.
Sekali lagi dengan berkat doa Ayah dan Mak aku, aku berjaya juga mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM. Akhirnya aku berjaya juga ke menara gading.
Kisah ini amat penting dalam hidup aku, aku akan ingat dan terkenang balik kenangan aku bersama rakan-rakan aku, kejayaan- kejayaan yang aku kecapi, semuanya datang dari satu sumber yang mendapat keredhaan dari Maha Pencipta, iaitu DOA dari AYAH dan IBU.... sejahat-jahat kita, senakal-nakal kita, seburuk-buruk kita, secomel-comel kita, ayah dan ibu kita tidak akan berhenti berdoa untuk kebahagiaan kita.
Renungkan lah wahai rakan-rakan ku, walaupun macam mana kita, perlakuan kita... ingat jangan sesekali mengecewakan ibu bapa kita.
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
03 March 2010
Cerita Si Misai
Misai mempunyai visi dan misi. Jarang orang ada misi dan visi. Biasanya company-company besar sahaja yang ada misi dan visi. Tapi Si Misai ni lain. Dia ada misi, visi dan misai.
Setiap hari, misi Si Misai adalah untuk memburu Cinta. Cinta adalah gadis cantik kegilaan jiran-jiran jantan Si Misai. Tak kira sudah berkahwin atau belum.
Dan itulah yang membuat Misai agak bengang dengan jiran-jirannya. Mereka kebanyakkannya sudah berkahwin, dan beranak pinak. Tapi masih sibuk nak tergila-gilakan Cinta. "Biar saja la aku yang gilakan Cinta. Biar saja aku yang tau ada apa dengan Cinta", jerit kata hati Misai.
Misai sudah mula memandang-mandang Cinta sejak hari pertama Misai pindah di kejiranan itu. Dengar kata, Cinta juga baru berpindah di kawasan itu. Tapi Cinta tinggal di Taman Sebelah. Misai pila tinggal di Taman Sini.
Pada mulanya Misai hanya pandang-pandang Cinta. Tapi lama-kelamaan, hatinya menjadi tak keruan setiap kali Cinta lalu di depan rumahnya. Misai mula merisik-risik tentang Cinta pada jiran-jirannya yang tidak tergilakan Cinta. Jiran-jiran yang ini semuanya baik-baik. Malah memberi kata dorongan lagi pada Misai untuk meminang Cinta.
Misai mula memasang taktik basi untuk memikat Cinta. Tapi tak menjadi. Maklumlah, taktik basi. Cinta pun tak tahu yang Misai cuba memikatnya. Malahan Cinta masih seperti tidak sedar kewujudan Misai walaupun berkali-kali Misai memberi pandangan bersinar-sinar dan cuba memulakan perbualan. Kasihan Misai.
Jiran-jiran masih memberi dorongan, walaupun jauh di sudut hati mereka berkata, "Kau ni apalah. Kalau dah suka, cakap ajalah. Tak yah tunggu-tunggu lagi. Kang melepas!" Tapi jiran-jiran tak mahu Misai jadi gelabah lalu meninggalkan harapan untuk bersama Cinta. Jadi jiran-jiran pun melayan sahaja kelembapan Misai untuk mendekati Cinta.
Sehingga kini, jiran-jira masih menanti kesudahan cerita Misai.
28 February 2010
Borne Appetite...
what i done for this week and last week is not so important but the moment that i through until this moment is very meaningfull with all the glorious.
Thank to all my friend thank to suppport me and shining my day to day with extreme activities, unthinkable ideas through jokes, meet new friend and fullfill it with LAUGH. However... between these 2 week, it is also had a sad and pitiful moment, but i dun care abaout the sadness, if we think we sad it will make us more sad. So, we must always laugh and it is what we called LIFE.... MISAIABANGTOP WILL MAKE THE COMEBACK
17 February 2010
Kekuatan Otak Seorang Remaja (Kisah benar)
Kisah dikala berstatus pengangur tegar
Pada suatu hari, (hari terpaksa di rahsiakan..)
saya bangun pagi,
saya tgk tv,
saya tgk jam, pukul 12 tengahari..
Saya keluar rumah,
saya pergi foodcourt,
saya beli nasi, kene $3.50,
saya balik rumah,
saya tgk tv skali makan nasik..
nik ahmad (kawan serumah) balik rumah,
bawa suratkhabar,
saya baca paper,makan nasi sambil menonton tv,
sehingga pkul 1 petang..
ijan (sorang lg bdk rmh) balik keje,
saya pun baru habis makan nasi,
saya capai tuala, terus menghala ke bilik air,
saya mandi, sabun badan, shampoo rambut dan memberus gigi..
abis sahaja mandi saya lap badan,
ish, sekejap lagi azan berkumandang,
baik saya cepat2 siap.
pakai cantik2, nak mengadap tuhan la katakan,
berkain pelekat, baju melayu johor, berkopiah,
makcik mane yang tengok mesti jatuh hati.
mmg smart abis..
saya keluar rumah, tp tiba2..
sejadah lupa nk bawa, camne la nak solat nanti,
lalu masuk balik ke dalam rumah,
ingatkan nak tumpang ijan ke masjid,
tp cepat plak dia pulas pendakap minyak motornya,
hai, xde nasib la..
nak tegur nik, apasal tak nak pergi mgadap tuhan?
tp xsmpi hati nak tegur,
"uzur kot..."
Berbekalkan sejadah saya menuju kesurau,
ade sorang awek ni,cun..
saya melirik mata kearahnya,
alhamdullih, lirikanku berbalas,
ish, tapi boleh. nawaitu ku untuk kemasjid, bukan bunga.
penamatnya buat bodo je..
saya jalan. jalan. dan jalan.
smpi simpang saya melintas..
on the way nak ke surau nmpk 3 mamat ni naik motor sambil bergelak ketawa,
buat bodo je mamat ni, xnak g solat ke?
kalau xnak pergi solat, tak payah la tghari2 buta ni tunjukkan muka kat org y awak ni tak nak pergi solat.
tak malu punya melayu,
lantak la, dosa masing2..
Agak2 dalam 20 kaki nak ke Restoran Kota Anggerik,
(Restoran tu betul2 depan masjid)
ter-iang2 dalam otak,
semalam baru pergi pasar malam,
so hari ni mesti la hari KHAMIS..
opps..
mati2 aku ingat hari ni hari JUMAAT..
siot btol..malu aku..
ps; awek tu mesti ingat aku ni nk pergi sembahyang jumaat.hadoi......
15 February 2010
CNY week
Apepun selamat tahun baru Cina kepada semua, kepada BINI A.K.I semoga Maryam cepat sembuh. Belang sibelangkas... dh tahu nak tunang boleh plak jem kat highway, bertunang la kau ditgh2 highway nun. (macam2)...
10 February 2010
Dia, Kumisan , and Nasi Ayam...
07 February 2010
Rakan2 dan HSBB 12... sEjEnAk BeRsAmA
payah perit kurasakan,
pahit getir kuabadikan,
susah senang aku relakan,
itulah kehidupan sebenar harus ku telan.
Sahabat..
datang tiba bila-bila masa,
pergi hilang tidak kuduga,
susah senang kita bersama,
sahabat xkan datang dan xkan pergi,
sahabat xkan susah dan xkan senang,
kenangan akan terus bersama.
Kasih,
Rindu terus menghantui,
Kesal tidak terperi,
makin dikejar makin jauh berlari,
Bila digapai berpaut pula pada akar yang kuat,
mana harus ku lalui tunggu, lihat, kita semakin kuat.
Secangkir Cawan, bererti Kawan..
Setelah aku hidup selama 25 tahun dimuka bumi ini berbagai2 karenah, pengalaman, gelak tawa, sedu sedan,dan berbagai liku2 hidup telah aku lalui. Aku rasakan kehidupan kita didunia ini ada sebab terjadinya sesuatu dan ada sebab mengapa kita tidak menjadi seperti yang kita mahukan. Apapun, kita hanya mampu dan harus bersyukur. Setelah dibilang dikira disempoakan, sudah lebih 3 bulan aku memulakan hidup baru... terima kasih kepada:
Bini A.K.I ....kerana memberikan tunjuk ajar seperti kakak (ko tua sket dari aku) kepada aku, dari tak tahu apa2pun sampai aku rasakan aku boleh berdiri dan belajar sendiri. Kepada Rakan Baik ku .... (ko tak taruh lagi name glamour kan n jadi follower) terima kasih juga kerana kau sudi temankan aku kemana pun aku pergi, apapun keputusan aku buat ko support. Untuk pengetahuan kau aku amat menghargai persahabatan kita. Belang siBelangkas... walaupun kita sering bergaduh, bergurau yang agak kasar(siap main atuk2 lagi), ko juga sahabatku, membantu n menghiburkan aku. Bro Costa....(apesal ko xjadi follower lg nie), muke ganas, badan tegap, bile jejalan mcm bro2, tp ko pun lebih kurang cam aku gak kan, dalam hati ada taman, aku sentiasa menyupport ko. Ko ada aku, aku ada ko. Si Gadis Ayu... (senyap jek) jgn salah anggap dgn die nie. Diam2 ubi, kekadang bile semua xde, tinggal aku n die jek. Dier la tempat aku bermanja n bergurau.
For all my fren... because of you all, i want to start back all the chapters in my life.... With u all. Past is the past, know me well i will noe u all well. Happy frens n cheer up...
Thank You ... FRENS