Penglipurlara

29 March 2010

Tempat seorang Bini

...adalah di sisi suami.

Adalah di rumah bersama anak-anak.

Which I have been dreaming of since like forever.

Isteri-isteri keluar bekerja, bukan satu kewajipan, dimana seharusnya seorang suami itu sepatutnya menjadi the sole breadwinner.

Tapi dalam keadaan sekarang, di mana pendapatan seorang suami tidak memadai untuk meng-kaver perbelanjaan terlampau masa kini, isteri terpaksa keluar mencari rezeki.

Suami tidak sepatutnya menyuruh isteri keluar mencari kerja. Memberi pilihan, mungkin. Tapi mengarahkan, is a big no no okay tuan-tuan. Jika dirasakan gaji suami tidak mencukupi, JANGAN, I said JANGAN tuan-tuan me-NYURUH isteri tuan-tuan keluar bekerja. Kongsikan pendapat tuan-tuan dengan isteri dan beri pilihan. Jika isteri suka untuk menolong suami, suami itu di kira bernasib baik. Tapi jika isteri lebih suka duduk di rumah menjaga harta suaminya dan mendidik anak-anaknya, tuan-tuan sila jangan kata isteri itu derhaka ohkay!

Kerana sememangnya tempat seorang isteri di rumah, menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya, melayan kehendak suaminya dan taat kepada suaminya.

Apabila suami hendak isterinya membuat air, masak untuknya, basuh bajunya, iron bajunya, sila minta dengan baik ya. Seorang isteri bukanlah hamba suami. Isteri itu penyejuk hati suami, pengubat lara suami, dan ibu kepada anak-anak suami.

Berbalik kepada isu the breadwinner of the house.

Jika sudah dirasakan agak-agak pendapatan suami tu sudah cukup-cukup makan, tidak perlulah lagi isteri itu keluar bekerja. Biar saja isteri itu di rumah bersama anak-anak. Mendidik anak-anak.

Tapi isteri pun, dah duduk rumah tu, janganlah asyik tengok tv dan membuntang yaaa... Ingat tugas mendidik anak-anak tadi. Itu adalah kewajipan seorang ibu ya. Buat bayi memang senang. Tapi jangan buat-buat lupa nak jaga dan didik anak-anak.

Suami pun, walaupun mendidik anak-anak itu tugas isteri, jangan expect too much from your wife if you`re always busy entertaining other people and yourself. Ingat ya.

Reminder again to isteri-isteri, kalau suami banyak kerja, jangan terlalu mendesak suami. Kepada suami-suami, walaupun banyak kerja, spend a lil time with wife and family.

Isteri harus berterima kasih dengan makan-pakai yang suami sediakan. Suami harus berterima kasih dengan isteri kerana menjaga harta nya, rahsianya, anak-anak nya, dan segalanya.

Sama-samalah kita menjadi isteri dan suami yang lebih baik.
InshaAllah.


Sekian terima kasih, jazza kallah kayran.

1 comment:

Anonymous said...

Isteri itu penyejuk hati suami, pengubat lara suami

-aku senyum.