Penglipurlara

28 February 2010

Borne Appetite...

Gosh... gosh borne appetite.... its quite long time not to write in this blog. My dear friend told me to update it but it is quite busy for me.
what i done for this week and last week is not so important but the moment that i through until this moment is very meaningfull with all the glorious.
Thank to all my friend thank to suppport me and shining my day to day with extreme activities, unthinkable ideas through jokes, meet new friend and fullfill it with LAUGH. However... between these 2 week, it is also had a sad and pitiful moment, but i dun care abaout the sadness, if we think we sad it will make us more sad. So, we must always laugh and it is what we called LIFE.... MISAIABANGTOP WILL MAKE THE COMEBACK

17 February 2010

Kekuatan Otak Seorang Remaja (Kisah benar)



Kisah dikala berstatus pengangur tegar

Pada suatu hari, (hari terpaksa di rahsiakan..)
saya bangun pagi,
saya tgk tv,
saya tgk jam, pukul 12 tengahari..

Saya keluar rumah,
saya pergi foodcourt,
saya beli nasi, kene $3.50,
saya balik rumah,
saya tgk tv skali makan nasik..

nik ahmad (kawan serumah) balik rumah,
bawa suratkhabar,
saya baca paper,makan nasi sambil menonton tv,
sehingga pkul 1 petang..

ijan (sorang lg bdk rmh) balik keje,
saya pun baru habis makan nasi,
saya capai tuala, terus menghala ke bilik air,
saya mandi, sabun badan, shampoo rambut dan memberus gigi..

abis sahaja mandi saya lap badan,
ish, sekejap lagi azan berkumandang,
baik saya cepat2 siap.
pakai cantik2, nak mengadap tuhan la katakan,
berkain pelekat, baju melayu johor, berkopiah,
makcik mane yang tengok mesti jatuh hati.
mmg smart abis..

saya keluar rumah, tp tiba2..
sejadah lupa nk bawa, camne la nak solat nanti,
lalu masuk balik ke dalam rumah,
ingatkan nak tumpang ijan ke masjid,
tp cepat plak dia pulas pendakap minyak motornya,
hai, xde nasib la..
nak tegur nik, apasal tak nak pergi mgadap tuhan?
tp xsmpi hati nak tegur,
"uzur kot..."

Berbekalkan sejadah saya menuju kesurau,
ade sorang awek ni,cun..
saya melirik mata kearahnya,
alhamdullih, lirikanku berbalas,
ish, tapi boleh. nawaitu ku untuk kemasjid, bukan bunga.
penamatnya buat bodo je..

saya jalan. jalan. dan jalan.
smpi simpang saya melintas..
on the way nak ke surau nmpk 3 mamat ni naik motor sambil bergelak ketawa,
buat bodo je mamat ni, xnak g solat ke?
kalau xnak pergi solat, tak payah la tghari2 buta ni tunjukkan muka kat org y awak ni tak nak pergi solat.
tak malu punya melayu,
lantak la, dosa masing2..

Agak2 dalam 20 kaki nak ke Restoran Kota Anggerik,
(Restoran tu betul2 depan masjid)
ter-iang2 dalam otak,
semalam baru pergi pasar malam,
so hari ni mesti la hari KHAMIS..
opps..

mati2 aku ingat hari ni hari JUMAAT..
siot btol..malu aku..

ps; awek tu mesti ingat aku ni nk pergi sembahyang jumaat.hadoi......

15 February 2010

CNY week

Hatiku berkocakan sekali lagi (ayat xbleh blah)... Raye cina balik kampung, jem saje dijalan raya. Last2 aku ikut jalan lama. Bayar tol memahal, jem jugak. isk2. Yang kat atas duk menekan yang kat bawah, last2 yang kat bawah duk bawah tanah (mati). Ade kaitan ker?
Apepun selamat tahun baru Cina kepada semua, kepada BINI A.K.I semoga Maryam cepat sembuh. Belang sibelangkas... dh tahu nak tunang boleh plak jem kat highway, bertunang la kau ditgh2 highway nun. (macam2)...

10 February 2010

Dia, Kumisan , and Nasi Ayam...

UIshhhh... aku rasa kehilangannnn. Si Budak Kecik dh balik Hometown n dh 2 ari aku xspend masa ngan Abdul Kumisan Bin Engku Kumis. So, ptg2 camnie aku rasa sayu plak. Duduk bersandar di kerusi kecilku... menunggu Azan berkumandang.
Bini A.K.I plak x abes2 sebut utang nasi ayam dier. Smlm dh la nak naik opis lepas minum boleh satu lif ngan dier. Cuba anda teka aper yang pertama sekali terpacul dari mulut Bini A.K.I? ahahahahaha.... KO JAGA, SATU ARI NANTI KALAU AKU DAPAT SI DIA AKU BLANJE NASI AYAM SATU OPIS, KO AKU SAVE UNTUK 10 ORG NYER MAKAN.

07 February 2010

Rakan2 dan HSBB 12... sEjEnAk BeRsAmA

Kehidupan...
payah perit kurasakan,
pahit getir kuabadikan,
susah senang aku relakan,
itulah kehidupan sebenar harus ku telan.

Sahabat..
datang tiba bila-bila masa,
pergi hilang tidak kuduga,
susah senang kita bersama,
sahabat xkan datang dan xkan pergi,
sahabat xkan susah dan xkan senang,
kenangan akan terus bersama.

Kasih,
Rindu terus menghantui,
Kesal tidak terperi,
makin dikejar makin jauh berlari,
Bila digapai berpaut pula pada akar yang kuat,
mana harus ku lalui tunggu, lihat, kita semakin kuat.

Secangkir Cawan, bererti Kawan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah aku hidup selama 25 tahun dimuka bumi ini berbagai2 karenah, pengalaman, gelak tawa, sedu sedan,dan berbagai liku2 hidup telah aku lalui. Aku rasakan kehidupan kita didunia ini ada sebab terjadinya sesuatu dan ada sebab mengapa kita tidak menjadi seperti yang kita mahukan. Apapun, kita hanya mampu dan harus bersyukur. Setelah dibilang dikira disempoakan, sudah lebih 3 bulan aku memulakan hidup baru... terima kasih kepada:

Bini A.K.I ....kerana memberikan tunjuk ajar seperti kakak (ko tua sket dari aku) kepada aku, dari tak tahu apa2pun sampai aku rasakan aku boleh berdiri dan belajar sendiri. Kepada Rakan Baik ku .... (ko tak taruh lagi name glamour kan n jadi follower) terima kasih juga kerana kau sudi temankan aku kemana pun aku pergi, apapun keputusan aku buat ko support. Untuk pengetahuan kau aku amat menghargai persahabatan kita. Belang siBelangkas... walaupun kita sering bergaduh, bergurau yang agak kasar(siap main atuk2 lagi), ko juga sahabatku, membantu n menghiburkan aku. Bro Costa....(apesal ko xjadi follower lg nie), muke ganas, badan tegap, bile jejalan mcm bro2, tp ko pun lebih kurang cam aku gak kan, dalam hati ada taman, aku sentiasa menyupport ko. Ko ada aku, aku ada ko. Si Gadis Ayu... (senyap jek) jgn salah anggap dgn die nie. Diam2 ubi, kekadang bile semua xde, tinggal aku n die jek. Dier la tempat aku bermanja n bergurau.

For all my fren... because of you all, i want to start back all the chapters in my life.... With u all. Past is the past, know me well i will noe u all well. Happy frens n cheer up...

Thank You ... FRENS

05 February 2010

Sambal Kumis


bila aku jatuh cinta,
seluruh dunia bagai tiada yang nyata,
turun kehati dari mata,
ini antara aku dan dia,

04 February 2010

Cita-cita kita

Masa masih foetus sebesar buah kurma, ibu-bapa kita cita-citakan kita agar lahir jadi anak yang soleh dan solehah.

Bila dah lahir, ibu-bapa impikan kita jadi anak yang bijak segala. Ajar kita bercakap, ajar A,B,C, ajar duduk, ajar makan, nyanyi-nyanyi untuk kita, dan ajar la segala yang boleh diajar pada bayi baru lahir.

Bila umur dah mula nak jadi celik ilmu, ibu-bapa mula nak realisasikan segala angan-angan ketika kita dalam perut. Ajar kita membaca, suruh hafal sifir, ajar Iqra', ajar mengira, ajar solat, ajar puasa, dan segala.

Tapi, bila kita dah mula celik, buntang segala, kita pula sibuk nak main gasing la, PSP la, batu seremban la, masak-masak la, X-Box la, bola sepak la, kejar-kejar la.

Tapi kita main waktu senggang sahaja kan. Waktu belajar, kita belajar. Walaupun ibu terpaksa berdiri tercegat di sebelah sambil tangan kiri mencekak pinggang dan tangan kanan memegang rotan. Ya, waktu belajar kita belajar. Walaupun kadang-kadang bila ibu tak nampak, kita menyelinap keluar pergi main PS dengan Danial, atau kita lari ke rumah Shazana nak main The Sims. Tapi bila instinct semacam rasa ibu dah mula cari rotan, kita pun mula susun langkah nak cari jalan balik rumah dan sambung belajar.

Bila dah sampai umur akil baligh, ibu-bapa mula tekankan lagi kita untuk menuju ke pintu menara gading. Kita juga mula tarik gear empat untuk mencapai impian bersama ibu-bapa pergi ke menara gading. Tapi kadang-kadang gear terpaksa di-rendahkan, sebab dalam perjalanan tu jalanraya mesti nak ada juga sedikit lubang sana-sini. Kadang-kadang speed nak kena turun sebab ada lembu-kambing-gajah melintas. Dan ada juga masa perjalanan harus dihentikan sementara sebab nak beli goreng pisang-kepok lekor-air jagung. Tapi macam mana pun, pintu menara gading tetap kita sampai dan dijemput masuk.

Dah sampai menara gading, gear sudah mula steady. Tidak turun dan tidak juga naik. Sebab.... sebab 45% dari cita-cita ibu-bapa sudah tercapai, 80% dari cita-cita kita dari kecil sudah dalam genggaman. 15% yang tinggal cuma untuk kita siapkan asainmen dan hantar, belajar sekadar mampu untuk kuiz, dan memerah otak dan membakar lilin malam hanya setahun dua kali untuk lulus peperiksaan akhir dengan jayanya.

Berada dalam environmen menara gading kita sudah mula kenal cinta (lah kononnya). Cinta buat cita-cita kita berubah. Cinta buat perjalanan hidup bertukar arah. (Bukan songsang). Asalnya mungkin menuju ke Johor Bahru, tapi lepas kenal cinta, destinasi sudah bertukar ke Arau. Tapi cinta juga boleh jadi mangkin untuk kita jadi lebih teruja menuju ke destinasi yang sudah dirancang bersama ibu-bapa. Cinta buat kita kuat berusaha menuju cita-cita.

Apabila tirai kehidupan menara gading diturunkan, pandangan kita semakin jauh. Ibu-bapa makin teruja melihat impian mereka semakin tercapai. Buah hati pengarang jantung berikan dorongan dan sokongan padu.

Akhirnya apabila cita-cita sejak kecil sudah kita capai dan genggam, kita pun mula hela nafas lega. Kita sudah 98% tenang. Kita akhirnya berada di kerusi idaman sejak pandai pilih cita-cita.

Tapi...

Adakah itu sebenarnya cita-cita kita dalam kehidupan kat bumi Allah ni? Adakah sampai kerusi itu sahaja? Adakah kita sekarang mengidam cita-cita untuk capai wang besar atau segala besar pula? Tapi, dengan dapatnya segala yang besar, tercapaikah cita-cita dunia kita? Lupa nak tanya, apa yang ibu-bapa kita cita-citakan untuk kita dulu-dulu dah tercapai ke? Cita-cita soleh-solehah macam mana?

Nota kaki: Cita-cita aku yang latest adalah untuk menjadi seorang surirumah berjaya.

Misai Abang Top



Apabila Abang berdiri di sebelah anda dan mata anda berada di paras perutnya, pusing lah perlahan-lahan ke arah perutnya.

Dan anda akan ternampak........

M.I.S.A.I

New Authors

Dengan ini sukacitanya dimaklumkan bahawa tiga penulis bebas yang berkemampuan menaip trengkas dengan entri-entri yang membanggakan telah pun menjadi penulis tak berapa bebas di blog Abang ini.

Welkaming!!! Kepada Para Penulis.. pastikan mutu penulisan anda mencapai tahap Ujian Percubaaan SPM. Kalau setakat Ujian pemahaman BM Tahap 2 boleh la tulih diruangan komen yang disediakan.

03 February 2010

Welcome Ladies n Gentlemen

Allooo (suare seiras2 Abg Kassim).... Perghhh aku dh ade blog kotttt (Bangga2). Kepada rakan taulan, sahabat handai, kaumsejenis, dan etc support la blog saya ni sepenuh hati tanpa rasa sangsi.