Kisah ini berlaku pada seseorang yang begitu rapat denganku.
Bukan tujuan untuk membuka pekung, cuma untuk berkongsi supaya kita dapat ambilkan pengajaran.
***
Insan mulia ini bernama S.
S seorang pelajar institusi tinggi yang agak prominent juga. Bukan S yang prominent, institut tempat dia belajar yang gah ya. S adalah seorang pelajar yang agak rajin ke kelas, namun di sebalik kerajinan itu, kadang-kala S ada juga ponteng kelas.
Seperti kebiasaan, pada setiap hari Jumaat, S akan memakai jubah ke kelas. S berjalan ke kelas dengan rasa confident kerana pagi itu S bangun awal. Walaupun ke kelas beseorangan kerana jarang orang ada kelas hari Jumaat, S melangkah dengan yakin dan sedikit rasa riak sebab ke kelas awal dan sedikit rasa perasan ayu sebab memakai jubah. S terus berjalan. Dan berjalan.
Untuk ke kelas pagi itu, S perlu menaiki lif ke tingkat 3. Semakin menghampiri lif, ada sedikit tembok perlu dipintas jika S tak mahu melalui tangga. Oleh kerana pagi itu fakulti kelihatan lengang, S mengambil keputusan drastik untuk melompat tembok itu. Dan S melompat.
Dan jatuh…
Gedebukkkk!!!
Tersangkut jubah nya sendiri.
S jatuh tertiarap.
S malu.
Tapi S gagahkan diri untuk bangun dan…
tengok kiri…
tengok kanan…
Takde orang. Selamatttttt.
S meneruskan beberapa tapak lagi ke lif dengan yakin. Dan masuk lif. Baru saja pintu lif nak tutup, seorang brother berjaya menyusup masuk. “Dem! Adakah dia nampak aku jatuh tadi?“
Perlahan-lahan S mencuri pandang muka brother tadi. “Alamak, budak kelas aku“.
“Weyh, ko okay ke? Aku nampak ko jatuh tadi”
“Heh… okay, okay…” Dalam hati S rasa lega, kerana brother ni menunjukkan wajah concern. Takde la rasa malu sangat.
senyap ~~~~~~
dan rasa awkward ~~~~~~~~~~
~~~~~~~
~~~~~
~~
Tiba-tiba…
“Kahkahakhkahkahkahkahkahkhakha!!!!!! Aku ingatkan sape ar tadi bukan main ayu pakai jubah. Tiba-tiba gedebuk jatuh! Rupanya ko!!!! wahhhwhakkhakhwkhakha!!!”
“Tak guna mamat ni!!!!”
Selepas S memaksa brother itu berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian yang baru berlaku, mereka keluar menuju ke kelas dengan muka kosong.
Moral: Pakai la jubah. Memang bagus. Cara tersenang menutup aurat dan senang juga untuk solat bila keluar outing. Tapi jangan perasan ayu. Jangan riak. Berdosa. Terus dibalas dengan jatuh gedebuk. Kan dah malu! Padan muka!
Owh! dan S adalah Aku. Brother kejam yang gelakkan aku dan mungkir janji kata taknak bagitau sesapa adalah suami kawan ku Awe.
3 comments:
Ade dua patah perkataan kan! name org tuu...
da terang2 bini aki mengaku die la org tu...
bukan aku laaa... (~~malu)
Post a Comment