Anak aku kecil, orang komen.
Aku tak masak, orang komen.
Aku balik lambat, orang komen.
Aku nak jadi suri rumah, orang komen.
Aku kerja jauh dari suami, orang komen.
Suami dan aku suka bawa anak jalan-jalan, orang komen.
Suami suka belikan aku hadiah, orang komen.
Aku beli barang untuk anak aku, orang komen.
Aku selekeh, orang komen.
Tapi pernah kau tanya kenapa?
Tak pernah bukan.
Kau cuma pandai komen.
Aku cantik untuk suami aku sahaja. Bukan untuk kau orang.
Anak aku kecil sebab keluarga kami memang ramai yang kecil.
Aku beli barang untuk anak aku yang kau rasa tak perlu tu, memang perlu untuk aku. Ada aku mintak kau duit?
Aku nak jadi suri rumah sebab pada aku tempat terbaik bagi seorang perempuan adalah di sisi suami dan anak-anaknya.
Aku balik lambat sebab aku selalu datang kerja lambat. Bos aku tak marah pun dah cukup baik. Kau bayar gaji aku?
Aku tak masak sebab aku penat. Aku takde orang gaji. Aku ada anak. Aku berdua sahaja di rumah. Kau nak bagi aku orang gaji?
Aku kerja jauh dari suami, bersebab. Kau nak kerja aku?
Suami dan aku pergi jalan-jalan, kacau kau ke?
Suami aku belikan hadiah sebab dia sayang aku. Lagipun suami aku tak mintak duit kau pun.
Moral: Jangan sibuk.
No comments:
Post a Comment