Mesti korang semua pernah mengalami kemalangan kecil seperti, dilanggar dari belakang (sondol), dihimpit kereta lain, atau anda sendiri melanggar org. Mesti dalam hati korang akan tersembul persoalan-persoalan difikiran, "minta2 jgn la teruk kereta aku", "berapa agak-agak kene kuar duit nie", " Kopak aku bulan nie".Disini saya ingin memberi sedikit tips bagai mana hendak menangani keadaan seperti ini
Pertama sekali, sewaktu anda keluar kereta, anda haruslah tengok di cermin pandang belakang dan pastikan muka anda dalam keaadaan bengis, serius, dan berkerut. Selepas anda menjejakkan kaki di tanah, jgn pergi kearah kereta anda dahulu, anda hendaklah seraya pandang terus kearah kereta MANGSA. Setelah anda melangkah sejauh 5 langkah, barulah anda pandang kearah kereta anda. Keluarkan telefon bimbit anda yang ada kamera itu, snap no plat kereta MANGSA anda dan snap juga kerosakan kereta anda. Kemudian pergi terus kearah pintu bahagian pemandu, sehingga, MANGSA anda keluar dan mengeluarkan perkataan "sorry bro, xsengaja", "sorry bang, break tak makan"... itu semua adalah ayat2 biasa keluar dari durjana2 yang tak tahu nak berhati2 dijalan raya. Tapi... jangan sesekali anda melenting. Anda hendaklah terus bertanya kepada MANGSA anda no IC n minta no lesen memandu mereka, serta tunjukkan kepada anda. Selepas itu, minta no telefon dan tros mendail untuk memastikan no. telefon tersebut aktif. Setelah itu, barulah anda bertanya, "camner nak settle nie? report? Bayar?"... dan biarkan MANGSA anda membuat keputusan. Kalau report, tros gi Balai, pastikan anda mengekori kereta LAWAN anda.
Setelah report dibuat, nie la time nyer anda menge'PAU' MANGSA anda. Jika kerosakan kereta anda itu setakat calar, mintak lah RM500(FIX) dan jika kerosakan anda itu kelihatan kemik, mintaklah RM800 (FIX). JIKA... MANGSA anda tidak bersetuju, pelawa die ke bengkel untuk menentukan sendiri kadar yang sesuai. Disini, anda hendaklah memainkan peranan anda, dan bawak MANGSA anda ke bengkel yang berada di sekitar Bangsar, Subang, Damansara, ataupun ke Bandar Kuala lumpur (tempat yang selalu golongan korporat melepak). Katakan tempat itu sahaja yang senang untuk anda pergi kerana dekat dengan office ataupun kediaman anda. dan jawapan tersebut muktamad. PERCAYALAH, kos yang bengkel2 ini offer pada MANGSA anda adalah berbaloi duit yang bakal anda terima serta menyelenggara kenderaan anda semula... Jalankan kerja anda untuk memeras ugut.
*pesanan: pastikan minta duit cash. Berikan apa2 alasan pun.
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment