Penglipurlara

17 February 2010

Kekuatan Otak Seorang Remaja (Kisah benar)



Kisah dikala berstatus pengangur tegar

Pada suatu hari, (hari terpaksa di rahsiakan..)
saya bangun pagi,
saya tgk tv,
saya tgk jam, pukul 12 tengahari..

Saya keluar rumah,
saya pergi foodcourt,
saya beli nasi, kene $3.50,
saya balik rumah,
saya tgk tv skali makan nasik..

nik ahmad (kawan serumah) balik rumah,
bawa suratkhabar,
saya baca paper,makan nasi sambil menonton tv,
sehingga pkul 1 petang..

ijan (sorang lg bdk rmh) balik keje,
saya pun baru habis makan nasi,
saya capai tuala, terus menghala ke bilik air,
saya mandi, sabun badan, shampoo rambut dan memberus gigi..

abis sahaja mandi saya lap badan,
ish, sekejap lagi azan berkumandang,
baik saya cepat2 siap.
pakai cantik2, nak mengadap tuhan la katakan,
berkain pelekat, baju melayu johor, berkopiah,
makcik mane yang tengok mesti jatuh hati.
mmg smart abis..

saya keluar rumah, tp tiba2..
sejadah lupa nk bawa, camne la nak solat nanti,
lalu masuk balik ke dalam rumah,
ingatkan nak tumpang ijan ke masjid,
tp cepat plak dia pulas pendakap minyak motornya,
hai, xde nasib la..
nak tegur nik, apasal tak nak pergi mgadap tuhan?
tp xsmpi hati nak tegur,
"uzur kot..."

Berbekalkan sejadah saya menuju kesurau,
ade sorang awek ni,cun..
saya melirik mata kearahnya,
alhamdullih, lirikanku berbalas,
ish, tapi boleh. nawaitu ku untuk kemasjid, bukan bunga.
penamatnya buat bodo je..

saya jalan. jalan. dan jalan.
smpi simpang saya melintas..
on the way nak ke surau nmpk 3 mamat ni naik motor sambil bergelak ketawa,
buat bodo je mamat ni, xnak g solat ke?
kalau xnak pergi solat, tak payah la tghari2 buta ni tunjukkan muka kat org y awak ni tak nak pergi solat.
tak malu punya melayu,
lantak la, dosa masing2..

Agak2 dalam 20 kaki nak ke Restoran Kota Anggerik,
(Restoran tu betul2 depan masjid)
ter-iang2 dalam otak,
semalam baru pergi pasar malam,
so hari ni mesti la hari KHAMIS..
opps..

mati2 aku ingat hari ni hari JUMAAT..
siot btol..malu aku..

ps; awek tu mesti ingat aku ni nk pergi sembahyang jumaat.hadoi......

1 comment:

rizki abu said...

alhamdulillah mamat dalam kes ni doktor sahkan bukan retarded.

skang mamat tu keje kat TM.
hebat tu...