Penglipurlara

07 March 2010

Antara Kamu dan Orang Tua Mu...

Haaa... Tora datang lagi!Ingat lagi tak dengan 'jajan' nie! Teringat zaman kecil-kecil dulu, bangun pagi pukul 6.30, pastu Mak aku akan jerangkan air panas untuk aku mandi dipagi hari. Sayang sungguh Mak aku kat anak-anak. Kalau time sekolah tadika, Ayah aku plak pepagi akan sediakan sepasang kasut untuk aku diatas tangga sebelum menghantar aku ke sekolah!(tp bile darjah 4 keatas takde la macam tu lagi). Sayang sungguh Ayah dan Mak aku kat kami adik beradik.
Aku sayang sangat Mak dan Ayah aku, Ayah aku tidak pernah sejentik pun jarinya menyentuh kami adik beradik, cuma Mak aku saja yang garang. Garang-garang Mak aku pun tidak pernah menghulurkan rotan ataupun tali pinggang, cuma pembaris membuat baju dia jek. Aku ni lain macam sikit, kalau adik beradik lain semua pandai-pandai, abang-abang dan kakak aku kalau periksa mesti dapat 'number' best-best. Suatu hari tu bila aku balik dari sekolah aku menjerit pada Mak aku," Mak, adik dapat nombor 24... yeyeyeyeyey" aku menjerit kegembiraan. Mak aku menjawab," Nyer ate nyerrr mengapa kome gembiree sangat bile dapat nombor 24 tuuu?"... aku menjawab" Mestilah teman gembira mak nyerr, 24 banyak tuuu, tgk abang dan kakak asyik-asyik dapat nombor 1 ,2, 3, 1, kan sikit tuuu". Tapi alhamdulillah dengan berkat doa, Ayah dan Mak aku... aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Dari hari kesehari, umur aku meningkat, aku pun menyambung persekolahan menengahku di sekolah berasrama penuh. Tinggal la Ayah dan Mak aku dirumah berdua, setiap minggu mereka akan melawat aku, dengan membawa makanan-makanan kegemaran aku dan semuanya sedap, maklum la masakan ibu. Kehidupan diasrama aku rasakan amat mencabar, pembulian, rokok, gengsterisme semuanya bermula dalam kehidupan ini. Namun Ayah dan Emak masih lagi tidak mengetahui apa yang aku lakukan disekolah. Berkat doa mereka, sekali lagi aku berjaya mendapat keputusan yanag cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR).
Bila masuk tingakatan 4 dan 5... aku belajar satu lagi matapelajaran iaitu 'Buli 1119'... matapelajaran ini hanya diajar di asrama(kalau ade peperiksaan rasmi dalam matapelajaran ini mesti aku akan dapat keputusan yang cemerlang lagi). Habis 'junior-junior' kene buli, amik air, amik sarapan, basuh baju, dan seantero dengannya.
Sekali lagi dengan berkat doa Ayah dan Mak aku, aku berjaya juga mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM. Akhirnya aku berjaya juga ke menara gading.
Kisah ini amat penting dalam hidup aku, aku akan ingat dan terkenang balik kenangan aku bersama rakan-rakan aku, kejayaan- kejayaan yang aku kecapi, semuanya datang dari satu sumber yang mendapat keredhaan dari Maha Pencipta, iaitu DOA dari AYAH dan IBU.... sejahat-jahat kita, senakal-nakal kita, seburuk-buruk kita, secomel-comel kita, ayah dan ibu kita tidak akan berhenti berdoa untuk kebahagiaan kita.
Renungkan lah wahai rakan-rakan ku, walaupun macam mana kita, perlakuan kita... ingat jangan sesekali mengecewakan ibu bapa kita.

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

1 comment:

Mo5 said...

"ADIK berjanji tidak akan mengecewakan mak dan ayah."
Okay Adik Misai?