Penglipurlara

02 April 2010

Bermalas-malasan Di ujung minggu

Korang pernah tak, tetiba pada suatu hari datang perasaan ‘malas’ dalam diri korang… Korang nak buat sesuatu perkara yang kelihatan seperti ‘malas’. Sesetengah orang panggil, waktu ini sebagai ‘bermalas-malasan”…. Berikut adalah perkara yang aku rase korang nak buat@aku jek yang buat…
1.Balik kerja ari jumaat akan segera pulang, sambil menelefon@ditelefon oleh rakan2, sembang-sembang dgn mereka, gelak-geli sikit dan pasti akan ade perkara yang best untuk diperkatakan. Itulah ‘kawan’
2.Sampai dirumah, lepak bukak laptop sambil pakai tuala dan berkata dalam hati ‘malas nye nak mandi…’ jadi korang pun akan melambat-lambatkan mandi tersebut. Amik rokok, bakar, cari makanan.
3.Habis mandi, lepak lagi atas katil sambil bukak laptop, mengomen rakan-rakan di facebook, bukak blog n menyerahkan semua yang terbuku di hati didalam blog. (bukak facebook senyum sesorang dan bukak blog ngomel sesorang jugak)
4.Buhsan! Kuar dari bilek cari makanan, basuh baju. Bancuh air ribena ker sirap limau sambil ditemani oleh twisties, kerepek ubi, (lagi best kalau ader fries McD)…. Bukak astro n tgk tv sampai kul 1 malam… masuk bilek balik.
5.Bukak facebook balik tgk feedback org yang korang bahan/kutuk. Gelak sesorang2 lagi …ahahahaha –contoh gelak
6.Buhsan tgk facebook bukak movie layan sampai tidooooo…….
7.Besok nyer mengulangi aktiviti yang sama……
8.Esok dan pada hari esok..mengulagi perkara yang sama… tambah sket mengemas bilek n lipat baju yang dibasuh dan men’sterika’ baju … kerana esok KERJA

Ujung minggu yang aku impikan setelah kemalasan dalam diri terjadi secara tiba2

3 comments:

Mo5 said...

Okay ko tipu!
Aku takde rase nak buat yg segala di atas pun.

Tiap ujung minggu aku rase nak basuh baju yg ntah brape load, kemas umah, lap lantai, kemas dapur, lipat baju ntah brape load punya, iron baju dan segala.

Tapi selalu dapat buat 30% aje di atas sebab-sebab tertentu seperti membawa anak dara ku bersosial dengan Atuk dan Nenek, dan membawa anak dara ku bershopping groceries di Mydin.

Dan kemudian kami berdua kepenatan dan tak dapat buat kerja rumah.

rizki abu said...

hujung minggu = bz..

Hezy-rena said...

bkn hujung minggu ko mandi sungai ke??
lg kata bermalas2an yeee kakakakaka