18 May 2010
Komen Orang
Aku tak masak, orang komen.
Aku balik lambat, orang komen.
Aku nak jadi suri rumah, orang komen.
Aku kerja jauh dari suami, orang komen.
Suami dan aku suka bawa anak jalan-jalan, orang komen.
Suami suka belikan aku hadiah, orang komen.
Aku beli barang untuk anak aku, orang komen.
Aku selekeh, orang komen.
Tapi pernah kau tanya kenapa?
Tak pernah bukan.
Kau cuma pandai komen.
Aku cantik untuk suami aku sahaja. Bukan untuk kau orang.
Anak aku kecil sebab keluarga kami memang ramai yang kecil.
Aku beli barang untuk anak aku yang kau rasa tak perlu tu, memang perlu untuk aku. Ada aku mintak kau duit?
Aku nak jadi suri rumah sebab pada aku tempat terbaik bagi seorang perempuan adalah di sisi suami dan anak-anaknya.
Aku balik lambat sebab aku selalu datang kerja lambat. Bos aku tak marah pun dah cukup baik. Kau bayar gaji aku?
Aku tak masak sebab aku penat. Aku takde orang gaji. Aku ada anak. Aku berdua sahaja di rumah. Kau nak bagi aku orang gaji?
Aku kerja jauh dari suami, bersebab. Kau nak kerja aku?
Suami dan aku pergi jalan-jalan, kacau kau ke?
Suami aku belikan hadiah sebab dia sayang aku. Lagipun suami aku tak mintak duit kau pun.
Moral: Jangan sibuk.
16 May 2010
Ku Ingin Selamanya - Ungu
yang tak pernah ku tahu akhirnya
namun tak seperti cintaku pada dirimu
yang harus tergenapi dalam kisah hidupku
Ku ingin slamanya mencintai dirimu
sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku
ku ingin slamanya ada di sampingmu
menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku
Ku berharap abadi dalam hidupku
mencintamu bahagia untukku
karena kasihku hanya untuk dirimu
selamanya kan tetap milikmu
Di relung sukmaku
ku labuhkan sluruh cintaku
di hembus nafasku
ku abadikan sluruh kasih dan sayangku
*perlukah/berbaloikah kiranya terus menunggu didalam relung sukmaku!
10 May 2010
05 May 2010
Pilihan....Dimana kita
pergi kerja naik kereta/siap ade drebar
2. melalui federal highway (redah JEM) n ikut jalan lame yang byk bonggol/lopak
melalui NPE, NKVE, Sprint dengan membayar tol
3. mendapat rawatan di Hospital Kerajaan
mendapat rawatan di Hospital swasta dengan mempunyai doktar pakar
4. parking tepi jalan kene saman trafik/dbkl
parking ditempat berbayar harga rm10, rm8, rm6
5. makan makanan yang harga murah dan berminyak serta kebersihan tidak terjamin
makan makanan yang harga berpatutan dan sihat serta tempat yg bersih dan selesa
6. beli/hisap rokok winston/gulung rokok sendiri
beli/hisap rokok marlboro/dunhill/kent
7. Pergi bercuti setiap 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali
pergi bercuti setiap bulan dan setiap minggu untuk masa bersantai
8. Kerja dari pukul 8.30 - 5.30 (ade kerja balik lambat)
kerja dari pukul 6 seawal mungkin hingga semua orang tidur
9. pakai phone credit limit RM 50 setiap bulan
pakai phone tiada credit limit
10. pakai petrol RON 95
pakai petrol RON 97/VPower
11. Bagi ibu bapa RM 50 seorg
Bagi ibu bapa RM 200 seorg
12. Berbangga2 mendapat layanan istimewa setelah memaki hamun
mendapat layanan istimewa kerana tingkahlaku terpuji
13. Pergi gym ditempat kerja dan membuat senaman sendiri
Pergi ke gym di fitness first dan mendapat bimbingan jurulatih professional
14. balik kampung sebulan sekali melawat ibubapa
balik kampung seminggu sekali melawat ibuapa
15. MENGGUNAKAN DUIT SEHINGGA HABIS DAN TIADA SIMPANAN SETIAP BULAN
MENGGUNAKAN DUIT SEHINGGA TIDAK HABIS DAN TETAP ADA SIMPANAN SETIAP BULAN
03 May 2010
Kisah dahulu kala untuk dijadikan iktibar bersama
Kisah ini berlaku pada seseorang yang begitu rapat denganku.
Bukan tujuan untuk membuka pekung, cuma untuk berkongsi supaya kita dapat ambilkan pengajaran.
***
Insan mulia ini bernama S.
S seorang pelajar institusi tinggi yang agak prominent juga. Bukan S yang prominent, institut tempat dia belajar yang gah ya. S adalah seorang pelajar yang agak rajin ke kelas, namun di sebalik kerajinan itu, kadang-kala S ada juga ponteng kelas.
Seperti kebiasaan, pada setiap hari Jumaat, S akan memakai jubah ke kelas. S berjalan ke kelas dengan rasa confident kerana pagi itu S bangun awal. Walaupun ke kelas beseorangan kerana jarang orang ada kelas hari Jumaat, S melangkah dengan yakin dan sedikit rasa riak sebab ke kelas awal dan sedikit rasa perasan ayu sebab memakai jubah. S terus berjalan. Dan berjalan.
Untuk ke kelas pagi itu, S perlu menaiki lif ke tingkat 3. Semakin menghampiri lif, ada sedikit tembok perlu dipintas jika S tak mahu melalui tangga. Oleh kerana pagi itu fakulti kelihatan lengang, S mengambil keputusan drastik untuk melompat tembok itu. Dan S melompat.
Dan jatuh…
Gedebukkkk!!!
Tersangkut jubah nya sendiri.
S jatuh tertiarap.
S malu.
Tapi S gagahkan diri untuk bangun dan…
tengok kiri…
tengok kanan…
Takde orang. Selamatttttt.
S meneruskan beberapa tapak lagi ke lif dengan yakin. Dan masuk lif. Baru saja pintu lif nak tutup, seorang brother berjaya menyusup masuk. “Dem! Adakah dia nampak aku jatuh tadi?“
Perlahan-lahan S mencuri pandang muka brother tadi. “Alamak, budak kelas aku“.
“Weyh, ko okay ke? Aku nampak ko jatuh tadi”
“Heh… okay, okay…” Dalam hati S rasa lega, kerana brother ni menunjukkan wajah concern. Takde la rasa malu sangat.
senyap ~~~~~~
dan rasa awkward ~~~~~~~~~~
~~~~~~~
~~~~~
~~
Tiba-tiba…
“Kahkahakhkahkahkahkahkahkhakha!!!!!! Aku ingatkan sape ar tadi bukan main ayu pakai jubah. Tiba-tiba gedebuk jatuh! Rupanya ko!!!! wahhhwhakkhakhwkhakha!!!”
“Tak guna mamat ni!!!!”
Selepas S memaksa brother itu berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian yang baru berlaku, mereka keluar menuju ke kelas dengan muka kosong.
Moral: Pakai la jubah. Memang bagus. Cara tersenang menutup aurat dan senang juga untuk solat bila keluar outing. Tapi jangan perasan ayu. Jangan riak. Berdosa. Terus dibalas dengan jatuh gedebuk. Kan dah malu! Padan muka!
Owh! dan S adalah Aku. Brother kejam yang gelakkan aku dan mungkir janji kata taknak bagitau sesapa adalah suami kawan ku Awe.