Ada satu orang, nama dia Misai.
Misai mempunyai visi dan misi. Jarang orang ada misi dan visi. Biasanya company-company besar sahaja yang ada misi dan visi. Tapi Si Misai ni lain. Dia ada misi, visi dan misai.
Setiap hari, misi Si Misai adalah untuk memburu Cinta. Cinta adalah gadis cantik kegilaan jiran-jiran jantan Si Misai. Tak kira sudah berkahwin atau belum.
Dan itulah yang membuat Misai agak bengang dengan jiran-jirannya. Mereka kebanyakkannya sudah berkahwin, dan beranak pinak. Tapi masih sibuk nak tergila-gilakan Cinta. "Biar saja la aku yang gilakan Cinta. Biar saja aku yang tau ada apa dengan Cinta", jerit kata hati Misai.
Misai sudah mula memandang-mandang Cinta sejak hari pertama Misai pindah di kejiranan itu. Dengar kata, Cinta juga baru berpindah di kawasan itu. Tapi Cinta tinggal di Taman Sebelah. Misai pila tinggal di Taman Sini.
Pada mulanya Misai hanya pandang-pandang Cinta. Tapi lama-kelamaan, hatinya menjadi tak keruan setiap kali Cinta lalu di depan rumahnya. Misai mula merisik-risik tentang Cinta pada jiran-jirannya yang tidak tergilakan Cinta. Jiran-jiran yang ini semuanya baik-baik. Malah memberi kata dorongan lagi pada Misai untuk meminang Cinta.
Misai mula memasang taktik basi untuk memikat Cinta. Tapi tak menjadi. Maklumlah, taktik basi. Cinta pun tak tahu yang Misai cuba memikatnya. Malahan Cinta masih seperti tidak sedar kewujudan Misai walaupun berkali-kali Misai memberi pandangan bersinar-sinar dan cuba memulakan perbualan. Kasihan Misai.
Jiran-jiran masih memberi dorongan, walaupun jauh di sudut hati mereka berkata, "Kau ni apalah. Kalau dah suka, cakap ajalah. Tak yah tunggu-tunggu lagi. Kang melepas!" Tapi jiran-jiran tak mahu Misai jadi gelabah lalu meninggalkan harapan untuk bersama Cinta. Jadi jiran-jiran pun melayan sahaja kelembapan Misai untuk mendekati Cinta.
Sehingga kini, jiran-jira masih menanti kesudahan cerita Misai.
1 comment:
jiran-jiran sangat memahami apa yang terpendam di hati Misai dan tidak jemu2 mendorong.
jikalau ditakdirkan cerita cinta Misai tiada kesudahan,jiran-jiran masih tidak jemu2 berada di sisi Misai.
oh abang Misai ku.
hakhakhak
Post a Comment